Polisi dan Privasi

Polisi Privasi

Halaman ini menerangkan dasar privasi kami yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang disediakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi dengan entiti lain yang berkaitan dengan SOUK ASIA agar dapat melayani anda dengan cara yang lebih cekap dan berkesan. Contohnya, penggunaan maklumat ini sewaktu menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas daripada entiti lain yang berkaitan dengan kami.

 

Maklumat yang Dikumpulkan

Tiada maklumat peribadi yang dikumpulkan semasa melayari laman web ini kecuali maklumat yang anda berikan melalui e-mel dan/atau melalui Portal ini.

 

Apa Yang Berlaku Apabila Saya Paut ke Laman Lain?

Portal ini mengandungi pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya sah untuk Portal SOUK ASIA. Perlu diperhatikan bahawa laman web yang disediakan melalui pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung disarankan untuk membaca dan memahami dasar privasi mereka.

 

Dasar Pindaan

Sekiranya dasar privasi dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Makluman yang disediakan termasuk; jenis maklumat yang dikumpulkan, bagaimana ia digunakan dan dalam keadaan apa, serta bagaimana maklumat itu harus dikongsi dengan pihak lain.